khasiat pokok Kancing Baju

Thursday, January 7, 2010


Kali ini Pak Nku nak berkongsi tentang khasiat sejenis tumbuhan herba.

Pernah dengar pokok Kancing Baju?

Lihat tulisan yang Pak Nku jumpa dalam sebuah kitab perubatan:

Dicampur susu untuk kuat syahwat
Dicampur gula merah untuk kuat syahwat
Untuk kencing manis, darah tinggi, dan sakit jantung
Menyembuhkan penyakit perempuan keluar tumbung
Diperbuat maajun bagi menghilangkan penyakit dalam badan

Para pengamal perubatan herba barangkali lebih mengetahui bagaimana memanafaatkan tumbuhan ini.


Foto Kancing Baju Merah oleh corchorus capsularis flower
Hai Le flickr.com

Read more...

Petua untuk lebih hebat

Tuesday, January 5, 2010


Bila Pak Nku selak-selak kitab lama ini, terjumpa beberapa petua khusus untuk lelaki. Semasa muda dulu Pak Nku agak pesimis dengan lelaki yang terlalu mementingkan ’kejantanan’. Bagi Pak Nku, mereka itu hanya pentingkan seks semata-mata. Seolah-olah perkahwinan hanya untuk seks sahaja.

Setelah memasuki 40an, Pak Nku masih enggan menggunakan sebarang ’tenaga extra’ dalam hubungan kelamin. Sememangnya Pak Nku rasa sudah cukup hebat. Malah isteri Pak Nkupun mengakuinya.

Namun apabila Pak Nku mencuba beberapa ramuan seperti Tongkat Ali, Mas Cotek, Misai Kucing, dan sebagainya barulah Pak Nku sedar bahawa kehebatan itu bersifat anjal, yakni tidak statik. Walaupun kita sudah cukup hebat, namun ia boleh lebih hebat lagi.

Bukan semata-mata untuk kepuasan seks, malah ia akan mengeratkan hubungan suami isteri serta menjadikan isteri lebih hormat pada kita.

Hmm, tak payahlah Pak Nku banyak sangat membebel. Mari kita lihat bahan-bahan bagi membuat sejenis maajun. Pak Nku harap masih ramai yang tahu apa itu maajun. Bukan Mahmud Jun ye!

Campuran Maajun untuk Lelaki

Kas-kas 1 jemput
Rancang Besi 1 jemput
Rancang Buluh 1 jemput
Rancang Tembaga 1 jemput
Ubi Jaga 1 genggam
EmbunTengahari 1 genggam
Tongkat Ali 1 genggam
Buah Pala 7 biji
Anak Burung Cak 1 ekor
Kulit buah Candu 3 biji
Minyak Sapi 1 botol kecil
Manisan lebah 1 botol
Akar Som Emas 1 botol

Dijadikan serbuk dibuat maajun.

Pak Nku salin bulat-bulat rencah di atas daripada kitab. Jika ada masa nanti Pak Nku cuba selidik keistimewaan dan ciri-ciri bahan tersebut.

Jumpa lagi, insya-Allah.

Read more...

Sekapur sirih seulas pinang


Assalamualaikum,

Pak Nku bukannya pandai bab dukun mendukun atau pawang memawang ni. Apatah lagi bab bidan-membidan. Sebenarnya yang menjadi dukun diraja itu bukanlah Pak Nku. Yang menjadi bidan diraja tersebut ialah moyang Pak Nku, iaitu di sebelah ibu.

Manakala di sebelah bapa pula memang pengamal perubatan tradisional. Beliau pun tidak dikenali sebagai bomoh, pawang atau dukun. Sekadar ustaz kerana itulah profesion utamanya.

Cuma Pak Nku ada menyimpan beberapa buah kitab perubatan lama tinggalan nenek moyang, bertulisan jawi dan bertulis tangan; dan jika dicetak pun, tiada siapa yang akan membelinya. Demikianlah fikir Pak Nku.

Sementelahan ada komputer cucu Pak Nku ni, bolehlah Pak Nku menulis sikit-sikit. Sekadar menyalin semula isi kandungan kitab-kitab tersebut. Sambungan internet ini pun dek mujur jiran sebelah bermurah hati memberi laluan pada Pak Nku.

Kebetulan, sebelum Pak Nku pencen beberapa tahun lalu sekolah Pak Nku mengajar dulu mendapat makmal komputer. Sempatlah Pak Nku belajar sikit-sikit.

Insya-Allah, Pak Nku akan cuba kongsikan dengan tuan-tuan dan puan-puan.


foto:
tepak39 jpg pnm.my

Read more...

About This Blog

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP