Sekapur sirih seulas pinang

Tuesday, January 5, 2010


Assalamualaikum,

Pak Nku bukannya pandai bab dukun mendukun atau pawang memawang ni. Apatah lagi bab bidan-membidan. Sebenarnya yang menjadi dukun diraja itu bukanlah Pak Nku. Yang menjadi bidan diraja tersebut ialah moyang Pak Nku, iaitu di sebelah ibu.

Manakala di sebelah bapa pula memang pengamal perubatan tradisional. Beliau pun tidak dikenali sebagai bomoh, pawang atau dukun. Sekadar ustaz kerana itulah profesion utamanya.

Cuma Pak Nku ada menyimpan beberapa buah kitab perubatan lama tinggalan nenek moyang, bertulisan jawi dan bertulis tangan; dan jika dicetak pun, tiada siapa yang akan membelinya. Demikianlah fikir Pak Nku.

Sementelahan ada komputer cucu Pak Nku ni, bolehlah Pak Nku menulis sikit-sikit. Sekadar menyalin semula isi kandungan kitab-kitab tersebut. Sambungan internet ini pun dek mujur jiran sebelah bermurah hati memberi laluan pada Pak Nku.

Kebetulan, sebelum Pak Nku pencen beberapa tahun lalu sekolah Pak Nku mengajar dulu mendapat makmal komputer. Sempatlah Pak Nku belajar sikit-sikit.

Insya-Allah, Pak Nku akan cuba kongsikan dengan tuan-tuan dan puan-puan.


foto:
tepak39 jpg pnm.my

3 comments:

Unknown January 5, 2010 at 6:13 AM  

Salam ziarah balas Pak Nku.

Niat untuk berkungsi itu kami sambut dengan terima kasih. Setidak-tidaknya saya juga boleh mengenali kitab lama dan mungkin pula boleh dimanafaatkan.

Unknown September 13, 2018 at 8:34 PM  

Alhamdulillah kerana Pak Nku sudi dgn sukarela mengongsikan ilmu turun temurun yg sgt2 bermanfaat itu...jika tidaklah kerana ketulusan budi Pak Nku..dah memang sahlah ilmu itu akan turut terkubur sekian lama...tanpa pewaris
Dengan usaha murni Pak Nku ini maka sekurang kurangnya ada juga sedikit ilmu itu mengalir hingga ke...setekat yg ada org share

Terima kasih utk Pak Nku

Anonymous,  February 3, 2022 at 3:18 AM  

Make money from the lottery! - WorkNow
How do I make money from the lottery? — If you lose $5, you receive หารายได้เสริม the same bonus on your first $1 bets. For example, if your first $1 bet loses,

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP